berita

Susah Nak Cari Restoran Arab Yang Sedap? Jom Cuba 6 Resepi Mudah Masakan Arab Ini

November 22nd, 2017 | by Shafika
MyResipi

Kalau sebut makanan arab, pasti ada di antara korang yang terliur. Belum lagi makan, dah terasa di tekak. Hebat betul penangan masakan arab ini. Tidak hairanlah kalau restoran arab sering dipenuhi dengan orang orang kita. Yelah kalau nak buat sendiri mesti rasa susah dan malas. Terpaksalah makan di kedai atau restoran arab. Betul tak?

Korang tak perlu lagi susah-susah membazir duit makan di restoran arab. Kami nak kongsikan dengan anda makanan arab yang senang dan simple. Yang penting sedap! Jom cuba.

Kari Kacang Kuda dan Ayam

Masakan ayam ini memang antara yang sinonim dengan menu seharian kita. Lauk ayam ini memang sering menjadi pilihan kerana ramai yang gemarkannya. Yelah anak anak pun suka. Apa kata kali ini anda beri kelainan dalam rasa masakan ayam anda. Tambahkan kacang kuda dalam kari ayam anda, pasti terasa seperti makan masakan arab. Sedap tau!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/ayam-kurma-kacang-badam

Ayam Kurma Kacang Badam

Ini satu satunya masakan ayam yang paling digemari ramai. Masakan ini sangat diperkaya dengan rasa. Tak percaya? Apa kata anda cuba sendiri. Tapi sebelum itu, untuk memberi rasa arabnya apa kata anda tambah kacang badam di dalamnya. Fuhh memang sedap!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/ayam-kurma-kacang-badam

Daging Masak Arab

Sudah bosan dengan masakan ayam? Haa gantikan menu ayam anda kepada daging. Kali ini bukan daging kicap atau daging merah. Ini daging khas buat korang fefeling arab gitu. Fuhh bahan yang digunakan akan menjadikan rasa daging arab ini bertambah umpp. Menu yang wajib anda cuba! Jangan lupa bagi feedback!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/daging-masak-arab

Kebab Daging Madu

Antara makanan arab yang sering menjadi pilihan pelanggan. Kalau ke restoran arab, kebab daging madu ini merupakan menu paling wajib order! Betul tak? Dengan perapan madu, pasti terus membuka selera anda untuk mencubanya sendiri di rumah. Serius tak susah, anda cuba perlu mencuba!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/kebab-daging-madu

Nasi Beriani Pakistan

Kalau dah lauk ada, mesti lah kena cari nasi arab. Haa masakan arab tidak semestinya boleh dimakan dengan nasi arab sahaja. Boleh juga divariasikan dengan nasi beriani. Namun nasi beriyani yang admin nak kongsi ini bukan beriani biasa tau! Ini pakistan mari. Boleh cuba okay!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/nasi-beriani-pakistan

Beriani Kambing

Ayam sudah ada, daging sudah ada. Haa menu wajib ada kalau ingin makan masakan arab semestinya kambing. Betul tak? Apa kata anda cuba masakan beriani kambing ini. Memang padu beb! Bukan sahaja sedap tapi sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat. Tak percaya? Korang cuba sendiri. Sekali buat, pasti buat lagi!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/beriani-kambing

Sumber : Myresepi

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×