Pelaburan wang untuk simpanan masa hadapan adalah sangat penting untuk menjamin kestabilan kewangan individu. Bagi fresh graduate yang baru bekerja, Nur Aliah Mohd Nor kongsi 5 jenis pelaburan yang penting untuk anda amalkan.
Jika tidak boleh lebih, cuba sekurang-kurangnya satu jenis simpanan. Jom baca!
5 tempat simpan wang terbaik
1. Amanah Saham Berhad (ASB)
ASB.
1) Tetapkan matlamat pelaburan ASB.
Contoh matlamat pelaburan ASB:
– untuk membeli rumah
– untuk perbelanjaan perkahwinan
– untuk melancong ke luar negara
2) Bezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB.
Bezakan antara “force saving” dan simpanan ASB.
Pinjaman ASB akan menjurus kepada force saving, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.
3) Pelaburan ikut kemampuan
Kita boleh menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita je tahu berapa pendapatan kita sebulan, dan hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita.
Contoh :
Kita mampu membuat simpanan ASB sebanyak RM1000 sebulan.
Pecahkan je kepada dua:
– Force Saving (RM700)
– Simpanan ASB (RM300)
Ingat! Simpanan ASB biasa pon penting juga tau, incase kalau ada emergency kan. Boleh guna dulu duit dalam simpanan ASB tu.
Dan jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda tanpa alasan yang munasabah.
2. Tabung Haji
Tabung Haji.
1) Modal awal yang rendah
2) Modal simpanan dijamin
3) Kos yang rendah
4) Pemberian dividen dan bonus kompetitif
5) Dividen dan bonus dikecualikan cukai
6) Zakat dibayar pihak Tabung Haji
7) Simpanan dan pengeluaran tanpa had
8) Patuh syariah
9) Simpanan untuk menunaikan Haji
3. Private Retirement Scheme (PRS)
Private Retirement Scheme (PRS) / Skim Persaraan Swasta
1) PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.
2) KWSP + PRS = Pelan Persaraan Mantap!
3) Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.
4) Tambahan kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang.
5) Pelepasan Cukai Individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.
6) Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30 an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.
7) Paling penting sekali, untuk pastikan Kualiti Hidup yang lebih terjamin ketika bersara!
4. Emas
Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan
Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6500 setahun,
6500 × 5 tahun = Rm32500
Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai dalam lingkungan 210 hingga 240 gram emas.
Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 20 × 12 = 240 gram
Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita.
Tak perlu ajar anak -anak kita berhutang seusia muda lagi sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.
Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN!
Cara Terbaik Simpan 1 Gram
Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?
Untuk makluman anda semua, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal.
Kosnya dalam linkungan rm210 – rm250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.
ALTERNATIF:
Cara terbaik utk simpan emas 1 gram sebulan, dah siap disediakan oleh PUBLIC GOLD utk orang-orang yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.
Walaupun ia akaun emas, tetapi ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).
5. Tabung Warna
Tabung Warna.
1) Cara yang paling menarik, mudah dan untung
2) Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap.
3) Tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda terima duit tersebut.
4) Anda tak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.
5) Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima.
6) Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.
Sumber : Nur Aliah Mohd Nor