berita

Suspek Ada Pertalian Keluarga, Nenek Farhan Asri Maut Dibunuh – ‘Nak Keadilan Buat Nenek’

October 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Farhan Asri mendedahkan pemergian neneknya, Datin Noraida Nordin pada 22 September yang lalu berpunca daripada kes pergelutan dan pecah masuk rumah.

Kesan kecederaan pada anggota badan

Menerusi kenyataan media yang diperoleh daripada Ketua Polis Negeri Sembilan, pihak polis telah menemui mayat seorang wanita berketurunan Melayu dalam lingkungan umur 70-an di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Mayat ditemui dengan beberapa kesan kecederaan pada anggota badan manakala beberapa barangan peribadinya lesap termasuklah barangan kemas.

Berikutan hebahan tersebut, pihak polis sedang mengesan suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Mohd Faizul Bin Mohamad Ali Kamil. Menurut Farhan, lelaki tersebut mempunyai pertalian keluarga dengan mereka dan pernah beberapa kali datang untuk meminjam wang. Isteri suspek turut memaklumkan bahawa suaminya sempat pulang ke rumah pada hari kejadian bagi mencuci baju sebelum keluar semula memakai persalinan putih. Sehingga saat ini, suspek masih belum dikesan.

Kenyataan media

Demi menuntut keadilan di atas kematian nenek, Farhan dan keluarga kini mengharapkan sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut dan suspek.

Sumber: Farhan Asri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×