berita

‘Suspek Dakwa Seolah Ada Orang Lain Minta Dirinya Lakukan Tembakan Rambang’ – Ketua Polis Negara Thailand

October 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Suspek Tembakan Rambang Thailand

Suspek yang melakukan tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Thailand pada Selasa disahkan mempunyai masalah kesihatan mental.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Beritahu Anak-Anak Mama & Babah Ada Di Sini’ – TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Thailand

‘Ada sisi lain’

Suspek Tembakan Rambang Thailand

Memetik ciapan dibuat BFM News di aplikasi X, suspek yang baru sahaja berusia 14 tahun itu juga dilihat seolah-olah menjadi keliru selepas ditangkap dan disoal siasat pihak polis.

Menurut Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol, suspek turut mendakwa dirinya seakan dinasihatkan oleh seseorang untuk melepaskan tembakan di pusat beli belah tersebut.

Suspek merupakan pesakit mental di Hospital Rajavithi dan ketika kejadian dia belum mengambil ubat preskripsinya.

Ketika ditahan, suspek mengatakan bahawa seperti ada orang lain yang memintanya untuk melepaskan tembakan.

Dalam pada itu, Sukvimol memaklumkan bahawa ibu bapa suspek sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian dan ketika ini pihaknya masih menjalankan siasatan bagaimana suspek mempunyai akses terhadap senjata api yang digunakannya.

Sekadar info, tembakan rambang yang terjadi itu telah mengorbankan dua nyawa wanita yang berasal dari China dan Myanmar.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Jojie Samuel mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tembakan itu.

Ciapan X

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×