berita

‘Saya Beritahu Anak-Anak Mama & Babah Ada Di Sini’ – TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Thailand

October 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Thailand

Semalam tular di media sosial mengenai kejadian tembakan rambang di Siam Paragon Mall yang telah meragut nyawa dua orang awam.

Kejadian tersebut juga dirasai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berada di hotel berhampiran pusat beli-belah tersebut ketika kejadian.

Artikel Berkaitan: ‘Ini Orang Panggil Tong Kosong, Macam Jakun Dapat Basikal’ – TMJ ‘Sound’ Konvoi Kereta Lamborghini Pandu Secara Merbahaya

‘Alhamdulillah, kami selamat’

TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Rambang Di Thailand

Menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, TMJ mendedahkan bahawa dirinya dan keluarga serta pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam keadaan yang selamat.

Menurut TMJ, ketika kejadian beliau dan keluarganya sedang berada di lobi hotel sebelum melihat orang ramai berlari meluru masuk ke dalam hotel bagi mendapatkan perlindungan akibat panik dengan kejadian tersebut.

Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan. Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan.

Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.

Kami membawa kanak-kanak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruangan bawah tanah bersama pasukan saya dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain.

Pada ketika itu, TMJ berkata, beliau hanya memikirkan tentang keselamatan anak-anaknya yang sedang menangis ketakutan.

Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, ‘Semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini’ dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.

Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku.

Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.

Tambah TMJ lagi, beliau turut meminta pasukan keselamatannya untuk membawa kereta ke ruanga bawah tanah dan membawa dirinya dan keluarga ke tempat yang lebih selamat dan jauh dari lokasi kejadian tersebut.

Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut.

Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.

Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) serta Menteri Pertahanan kita (Datuk Seri Mohamad Hasan) untuk memaklumkan apa yang berlaku dan Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.

Difahamkan, TMJ yang merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di Bangkok bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara JDT dan BG Pathum United.

Meskipun terlepas perlawanan tersebut, TMJ meluahkan rasa syukurnya selepas keluarga dan pasukannya berada dalam keadaan yang selamat dan menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai satu pengalaman yang terburuk pernah dialaminya.

TMJ juga menitipkan doa agar roh mereka yang terkorban dirahmati Tuhan.

Posting di Facebook

Sumber: Instagram, Facebook

SKIP THIS AD ×