berita

‘Suspek Dedahkan Telah Mandikan & Salin Pakaian Mangsa’ – PDRM

November 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam tular di media sosial apabila seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia akibat didera oleh suami kepada pengasuhnya sendiri. Lebih malang apabila ada kesan koyakan baru pada selaput dara dan dubur mangsa. Memang kejam!

Artikel Berkaitan : Bayi 9 Bulan Maut Didera Suami Pengasuh, Temui Kesan Koyakan Pada Dubur & Selaput Dara

Terbaru menerusi Sinar Harian, suspek bagi kes bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut akibat didera secara seksual didapati telah memandikan mangsa pada pagi hari kejadian.

Tidak mengaku uruskan bayi

Sebelum ini, suspek tidak mengaku dia uruskan bayi ini, namun perkembangan hari ini dia mula dedahkan telah mandikan dan salin pakaian bayi tersebut. Setakat itu sahaja, suspek tidak nyatakan dia telah buat perkara tidak elok kepada mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, suspek yang merupakan suami kepada pengasuh telah membuat pendedahan berkenaan kepada pihak polis hari ini.

Tambahannya lagi, pihaknya turut memanggil anggota keluarga mangsa dan majikan suspek berkenaan untuk membantu siasatan.

Akan terus siasat

Beberapa individu lagi akan turut dipanggil dan kita juga akan menyiasat sama ada suspek yang positif Methaphetamine mempunyai masalah mental atau tidak.

Tempoh reman pengasuh bayi yang berakhir hari ini dan reman suspek berakhir esok akan disambung selain kes akan ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini yang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002.

Terdahulu, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal dipercayai meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×