Seorang lelaki mengaku telah membunuh Nurul Asikin Lan, 26, hanya kerana memerlukan wang untuk perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh, Kemboja, 8 Disember lalu.
Artikel Berkaitan: Mayat Gadis Ditemui Mereput Dalam Longkang Selepas 10 Hari Menghilang, Didakwa Dib*nuh Lelaki Baru Dikenali
Bunuh sebab nak duit
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang telah ditahan reman itu mengaku melakukan pembunuhan tersebut. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, suspek juga mengaku mengambil barang kemas mangsa iaitu gelang tangan emas dan anting-anting emas untuk digadai.
Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan di ketika menyaksikan kejohanan bola sepak Kemboja.
Tambah Mancha lagi, suspek turut menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang iaitu di longkang berdekatan tempat pembuangan sampah di Tabuan Jaya.
Difahamkan, pihak polis masih menunggu keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka diperoleh 22 Disember ini untuk mengesahkan identiti mayat reput tersebut.
Pada 5 Disember lalu, polis menerima laporan kehilangan seorang wanita, Nurul Asikin Lan, 26, selepas dia dikatakan keluar dengan seorang lelaki yang baru dikenali.
Sumber: Harian Metro