berita

Suspek Serangan Masjid Chirstchurch Mengaku Bersalah Bunuh 51 Orang Islam

March 26th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setelah genap setahun insiden serangan bersenjata ke atas jemaah masjid di Christchurch, New Zealand, suspek Brento Tarrant akhirnya mengaku bersalah terhadap 51 pertuduhan.

Tragedi hitam itu berlaku pada 15 Mac 2019 apabila suspek, Brento Tarrant masuk ke dalam masjid sebelum membuat tembakan rambang ke atas jemaah yang berada di masjid untuk solat jumaat. Suspek yang membuat rakaman turut menyiarkan kegiatannya itu secara langsung di akaun Facebook miliknya sebelum video berkenaan viral di media sosial.

Mengaku bersalah ke atas semua pertuduhan

Menerusi laporan BBC, suspek sebelum ini menafikan dakwaan ke atas dirinya dan kes dijangka bakal dibicara pada bulan Jun. Namun akhirnya, suspek mengaku bersalah ke atas 51 pertuduhan membunuh dan turut mengakui kesalahan percubaan membunuh 40 orang lagi serta satu kesalahan keganasan.

Ekoran dengan insiden yang mengejutkan dunia, pihak kerajaan New Zealand telah mengetatkan lagi undang-undang senjata api.

Tiada siapa dibenarkan hadir ke mahkamah

Dalam pada masa yang sama, New Zealand sedang berada dalam keadaan ‘lockdown’ akibat penularan wabak Covid-19 dan segala pengakuan tertuduh dibuat dalam keadaan tertutup di Mahkamah Tinggi Christchurch. Orang ramai tidak dibenarkan hadir ke mahkamah dan peguam bela suspek turut berkomunikasi melalui video. Hanya seorang wakil dari dua masjid menjadi wakil mangsa dan keluarga yang diserang dibenarkan hadir mendengar pengakuan suspek.

Tarikh jatuh hukum belum ditetapkan

Amat kesal kerana disebabkan wabak Covid-19 ini yang sedang berlaku, pihak mahkamah tidak membenarkan keluarga mangsa untuk hadir ke sidang pengakuan suspek.

Tidak ada niat untuk menghukum suspek sebelum pengadilan kembali beroperasi seperti biasa dan seterusnya membenarkan keluarga mangsa untuk hadir pada tarikh hukuman dijatuhkan.

Menurut Hakim Cameron Mander, tarikh penghukuman terhadap 92 pertuduhan ini masih belum ditetapkan. Suspek telah ditahan dalam tahanan sehingga 1 Mei ini sehingga mahkamah dapat menetapkan tarikh hukuman.

Sumber: BBC

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×