Baru-baru ini, penyanyi Baby Shima memberitahu dia menerima satu ugutan bunuh di media sosial.
Artikel Berkaitan: Baby Shima Terima Ugut*n B*nuh – ‘Jangan Pulang Melaya Dengan May*t Saja’
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Shima meluahkan rasa lega apabila lelaki yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadapnya sudah ditahan di Kuching, Sarawak.
Saya rasa lega
Menurut Shima, setiap individu yang menjadi mangsa ugutan sepertinya harus berani tampil dan membuat laporan polis kerana Malaysia memiliki undang-undang.
Saya lega apabila lelaki itu sudah ditahan. Tindakan undang-undang diambil sebagai peringatan kepada mana-mana individu lain agar menjauhi jenayah kebencian.
Semua mangsa harus berani untuk membuat laporan polis walaupun anda rasa terancam. Negara kita ada undang-undang.
Tambah Shima, setiap orang harus berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak, lebih-lebih lagi apabila ia mempunyai potensi ke arah jenayah.
Saya berharap kita berfikir dulu sebelum keluarkan sebarang ugutan membabitkan ancaman terhadap nyawa orang lain. Jangan tindakan kita, didorong oleh perasaan.
Perkara seperti ini wajar menjadi peringatan kepada perbuatan yang dilakukan adalah berkaitan jenayah kebencian dan alasannya, hanya kerana dia tak menyukai saya.
Saya tak kisah pun kalau dia tak sukakan saya. Tapi, janganlah tergamak melayangkan ugutan sebegitu.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan pemandu lori berusia 35 tahun. Suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini. Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, ia bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Harian Metro