berita

Susu VS Telur Semasa Sarapan, Mana Yang Korang Lagi Suka?

July 19th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Sarapan pagi ialah makanan pertama yang diambil setiap hari untuk memberi tenaga. Nutrisi seperti protein dan kalsium sangat penting semasa sarapan.

Ibu bapa yang bijak akan make sure anak-anak dapat bekalan protein yang cukup dalam makanan yang diambil setiap hari. Sebab tu ramai yang ambil susu atau telur pada setiap pagi. Tapi yang mana lagi popular ya?

Antara susu dengan telur, korang team mana? Meh jawab ni!

Saingan cukup sengit ni. Kalau nak ikutkan, susu memang lagi bagus diambil sewaktu sarapan pagi. Tapi ramai ingat minum susu untuk dapat kalsium je. Silap tu.

Sebenarnya kita patut minum susu setiap hari sebab susu mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Selain kalsium, susu juga kaya dengan protein tau.

Kenapa kita patut dapatkan bekalan protein daripada susu?

Tak dinafikan yang kita boleh dapat protein daripada daging, makanan laut dan telur. Tapi pagi-pagi kan dah sibuk. Makanan tu perlukan masa untuk disediakan atau dimakan. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh musnahkan nutrien penting, sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan tau.

Dah tu, nak dapat protein dengan mudah daripada mana?

Semestinya susu, pilihan sumber protein terbaik! Tak perlu susah payah menyediakannya pada waktu pagi sebab susu sedia diminum. Boleh jimat masa. Tak la rushing. Setuju kan?

Tahu tak? Susu mengandungi protein berkualiti tinggi jugak tau. Protein susu mengandungi 9 asid amino yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Protein daripada susu mudah dihadam, jadi badan dapat gunakan nutrien dengan efisien untuk meningkatkan kesihatan kita.

Oleh itu, memang elok la kalau korang amalkan untuk minum Dutch Lady Milk pada setiap hari. Ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, kalsium dan nutrien penting. Semua ni dapat bantu korang membina otot dan tulang yang kuat.

Dutch Lady Milk beri nutrisi lengkap dan permulaan yang kuat sepanjang hari. Sememangnya minuman yang sempurna untuk sarapan pagi korang bersama keluarga. Orang cakap, memang perfect la!

Nak bekalan protein berkualiti tinggi yang lebih banyak? Dutch Lady ada produk khusus dengan sumber protein yang lebih tinggi: Dutch Lady + Protein. Ia mengandungi tambahan 30% protein* untuk membantu korang dan keluarga menjalankan aktiviti seharian di rumah. Bagus kan?

*Penafian: berbanding dengan Dutch Lady Full Cream UHT

Nak lagi sedap, masukkan Dutch Lady Milk dalam resipi. Macam-macam korang boleh buat dengannya. Serius sedap!

Banana Smoothie

Campurkan satu atau dua pisang dengan segelas Dutch Lady Milk sampai teksturnya pekat. Kalau korang nak lagi segar, masukkan pisang ke dalam peti sejuk dulu dan tambah campuran buah seperti strawberi.

Pancake atau Waffle

Walaupun lembut, pancake tetap akan buat kita kenyang. Korang boleh buat menu ni dari campuran Dutch Lady Milk, tepung, dan mentega. Wafel pun adunannya sama. Beza pada bentuk dan tekstur lebih crunchy je.

Pudding chia seed

Elok untuk diet! Korang boleh campurkan chia seed dengan Dutch Lady Milk dan masukkan dalam peti sejuk selama satu jam sampai ia mengembang. Boleh jugak tambah yogurt dan potongan buah segar.

Cereal dengan susu

Paling senang! Cereal memang la tak sepenuhnya dibuat daripada susu. Tapi pagi-pagi makan cereal yang direndam dengan susu memang nikmat wei.

Boleh la cuba menu sarapan dengan susu ni nanti. Ajak keluarga korang di rumah untuk minum Dutch Lady Milk bersama korang. Baru la keluarga sihat!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web Dutch Lady Malaysia di https://www.dutchlady.com.my/brands/consumer-dairy/morning-nutrition/

SKIP THIS AD ×