berita

Suzur Sofia Dakwa Diserang Sekumpulan Lelaki Hingga Cedera – ‘Niat Mereka Mahu Menculik Anak Saya?’

December 26th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Suzur Sofia

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia mendakwa dia telah diserang oleh sekumpulan lelaki.

Artikel Berkaitan: Minta Hantar Anak Ke Masjid, Suzur Sofia Kena Maki Dengan Bekas Suami – ‘Kau Betina Jijik, Hipokrit, Gatal!’

Artikel Berkaitan: ‘Aku Culik Anak? Tak Ada Kaitan Jangan Masuk Campur. Habis Rosak Kereta Aku Kau Panjat…’ – Suzur Sofia

Diserang sekumpulan lelaki?

Suzur Sofia

Menerusi perkongsian di Instagram, Sofia mendakwa kumpulan lelaki terbabit telah bertindak agresif terhadapnya sehingga mengakibatkan kecederaan.

Malah, dakwa Sofia, mereka juga bertindak mahu menculik anak perempuannya.

Saya diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali atas sebab masuk campur mahkluk yang tidak dikenali. Saya tidak akan berdiamkan diri.

Saya mengalami kecederaan dan terpaksa menanggung kos kerugian disebabkan kejadian tersebut.

Anak perempuan saya menangis dalam ketakutan apabila saya ditarik dan mereka cuba mengambil dia daripada saya.

Seorang wanita tengah mendukung anak perempuan berusia 2 tahun dikepung, diserang, diugut, dikeliling sekumpulan lelaki yang bertindak agresif.

Tambah Sofia lagi, dia tertanya apakah tujuan sebenar kumpulan lelaki berkenaan bertindak sedemikian.

Mana perikemanusian? Hal rumah tangga, isu anak, hanya antara saya dan bekas suami. Maka orang luar tiada hak.

Niat mereka beramai-ramai adakah untuk menculik anak daripada saya?

Sementara itu, dalam hantaran sama, Sofia menegaskan tiada mana-mana pihak yang mempunyai hak untuk masuk campur urusan anaknya kecuali bekas suami, Mohd Zaiza.

Dalam kes saya, hanya seorang sahaja yang ada hak ke atas anak-anak selain saya iaitu bekas suami, Mohd Zaiza.

Saya haramkan sesiapa masuk campur baik ahli keluarga dia atau ahli keluarga saya sendiri, apatah lagu orang luar.

Terdahulu, Zaiza didakwa telah mencederakan bekas isteri. Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×