berita

[VIDEO] ‘Hal Peribadi Adalah Privasi, Saya Hormati Semua Pihak’ – Zainal Abidin

October 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

zainal abidin fyna

Bekas suami kepada penyanyi Fyna Jebat iaitu Datuk Zainal Abidin mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi rumah tangganya bersama selebriti itu.

Artikel Berkaitan: Zainal Abidin Mengaku Dah Cerai Dengan Fyna Jebat, Keluar Makan Nak Selesaikan Beberapa Hal

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Tak Mahu Masuk Campur Hal Rumah Tangga Fyna – ‘Tanya Tuan Punya Badan’

Fokus kepada kerjaya

zainal abidin fyna

Menerusi temu bual Melodi, jurulatih bola sepak terkenal itu dilihat sedang bersama pasukan bola sepak kendaliannya menjalani latihan di sebuah padang.

Ketika diajukan soalan berkaitan hubungannya bersama bekas isteri, Zainal hanya berdiam diri namun menegaskan bahawa buat masa ini kerjaya adalah fokus utamanya.

Bagi saya, saya lebih kepada bola sepak. Hal peribadi adalah hal peribadi. Saya menghormati semua pihak.

Kerjaya saya bersama pasukan bola sepak adalah menjalankan tugas selagi saya dikehendaki dalam arena bola sepak.

Bagaimanapun, dia menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan terhadapnya untuk memperbaiki diri sendiri.

Teguran ada yang baik dan ada yang tak baik. Yang baik Alhamdulillah, yang tak baik saya terima juga untuk baiki kehidupan. Saya tak menolak kesemuanya tetapi bagaimana kita mengendali dan terus maju dalam karier itu amat penting.

Dalam pada itu, Zainal juga memohon kepada orang ramai agar sentiasa mendoakannya.

Kepada semua doakanlah setiap insan untuk mendapatkan kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing.

Terdahulu, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat mengesahkan bahawa sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia bersama Zainal sekitar Januari yang lalu.

Namun, perkahwinan yang dibina itu tidak bertahan lama selepas mereka dilaporkan sudah berpisah pada Mei. Difahamkan punca penceraian pasangan itu adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini.

@melodiberapi

Datuk Zainal Abidin mengambil pendekatan berdiam diri dan tak nak komen tentang bekas isteri kedua.. dia mahu fokus kepada kerjaya team bola sepak.. #meloditv3 #finajebat #ceritaartismalaysia #fyp??viral

? original sound – Melodi – Melodi

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×