berita

Minta Hantar Anak Ke Masjid, Suzur Sofia Kena Maki Dengan Bekas Suami – ‘Kau Betina Jijik, Hipokrit, Gatal!’

December 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Suzur Sofia Mohd Zaiza

Anak kepada jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin iaitu Mohd Zaiza didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada bekas isteri, Suzur Sofia selepas wanita itu mengirimkan mesej kepadanya.

Artikel Berkaitan: ‘Kau Berjaya Sebab Anak Dah Tak Kenal Ibunya, Aku Bersumpah Tak Akan Ada Lagi Kelahiran Lelaki Dalam Keluarga Kau’ – Bekas Menantu Zainal Abidin

Artikel Berkaitan: Suzur Sofia Dakwa Bekas Suami Belum ‘Move On’, Siap ‘Stalk’ Guna Akaun Palsu – ‘Rupanya Inilah Gila Talak’

Dimaki?

Suzur Sofia Mohd Zaiza

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Sofia memuat naik tangkapan skrin layar yang memaparkan perbualan mereka berhubung anak di aplikasi Whatsapp.

Dalam perbualan tersebut, Sofia meminta bekas suaminya untuk menghantar anak mereka ke sebuah masjid, bagaimanapun Zaiza dilihat membalas teks tersebut dengan makian dan cacian.

Dalam pada itu, Zaiza turut dilihat menghina bekas isterinya dengan menggunakan perkataan yang kurang sopan.

Terdahulu, Zaiza didakwa telah mencederakan bekas isteri. Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×