berita

‘Sweet, Rasa Nak Nangis!’- Panjang Macam Drama, Ini Video Pre Wedding Tasha Shilla & Suami

March 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Tanggal 28 Februari 2020 merupakan tarikh yang bermakna buat pelakon, Tasha Shilla dan suaminya Muhammad Atiq Idris kerana mereka sah bergelar suami isteri.

Seperti pasangan selebriti yang lain, pasangan ini turut merakamkan momen-momen bahagia dan detik perkenalan mereka menerusi video pre-wedding yang dilakukan di beberapa lokasi menarik. Kalau korang tak percaya, jom tonton!

Cinta sejati

https://www.instagram.com/p/B9NzQtLh4YM/

Menerusi video 8:17 saat itu, Tasha Shilla dan suami memilih ‘Cinta Sejati’ sebagai tema video pre-wedding mereka. Menurut Tasha Shilla, video tersebut merupakan sebuah kisah tentang bagaimana seorang wanita bertemu dengan seorang lelaki yang boleh memimpin dirinya dan berusaha untuk menuju ke arah kebaikan bersama. Tambahnya, suaminya itu turut bersedia menjadi pemimpin yang terbaik buat dirinya.

Video arahan Cst Production itu turut menyampaikan pesanan di mana tanpa kita sedar dalam jauh kita mencari cinta, sebenarnya ada yang dekat sedang memerhati kita. Apabila tiba saat dan masanya, pasti setiap pasangan akan disatukan. Di samping itu, Tasha Shilla dan suami turut memanjatkan doa mereka menerusi video tersebut di mana mereka bermohon agar Allah menemukan mereka dengan pasangan yang beriman, penyayang dan menerima kekurangan antara satu sama lain.

Harap jumpa cinta sejati juga

Rata-rata netizen tersentuh dan tidak dapat menahan sebak melihat video pre-wedding pasangan tersebut. Malah, mereka turut mendoakan kebahagiaan buat Tasha Shilla dan suaminya.

Sumber: Tasha Shilla

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×