Baru-baru ini kecoh apabila isteri kepada penyanyi era 80-an Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman dilihat telah menghadirkan diri ke mahkamah, dipercayai bagi memfailkan perceraian.
Artikel Berkaitan: Terima Kifarah Sebab Pernah Mengata Sharnaaz Ahmad? Syada Amzah Bidas Dakwaan Netizen
Artikel Berkaitan: ‘Takkan Ada Foto Ayah Bermula Hari Ini, Ayah Pilih Untuk Tinggalkan Kami Lagi’- Surat Terbuka Syada Buat ND Lala
Jangan cetuskan spekulasi
Anak kepada penyanyi veteran tersebut, Syada Amzah menafikan kehadiran ibunya ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada awal bulan lalu adalah bertujuan untuk memfailkan perceraian terhadap bapanya.
Pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah ini meminta agar orang ramai memberi ruang kepada keluarganya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dengan tidak mencetuskan sebarang spekulasi.
Tidak semestinya apa yang orang sangkakan itu benar. Kehadiran ibu saya ketika itu bukan bertujuan untuk menfailkan penceraian. Malah, saya sendiri sudah melihat surat yang dibawa pulang oleh ibu.
Kes ini masih belum selesai, seperti saya katakan beri ruang kepada kami untuk mencari solusi bagi kemelut ini. Malah, kami sendiri belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu enggan mengulas lanjut tentang hal berkenaaan.
Setahu sejak dari tarikh 3 April lalu sehingga ke hari ini, ibu tidak menfailkan perceraian.
Sebelum ini, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah seorang wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani yang dipercayai ‘penyondol’ di dalam perkahwinannya.
Terdahulu, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan kononnya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita lain dan difahamkan wanita tersebut merupakan rakan kepada Shila semasa dibangku sekolah.
Sumber: Harian Metro