Baru-baru ini anak kepada penyanyi popular era-8o an, Datuk ND Lala iaitu Syada Amzah menulis satu surat terbuka kepada bapanya. Menurut Syada, dia berbuat demikian susulan kesukaran untuk menghubungi bapanya itu.
Artikel berkaitan: ‘Takkan Ada Foto Ayah Bermula Hari Ini, Ayah Pilih Untuk Tinggalkan Kami Lagi’- Surat Terbuka Syada Buat ND Lala
Artikel berkaitan: Dakwaan ND Lala & Isteri Sudah Bercerai Terus ‘Lenyap’, Hadir Beri Sokongan Dekat Shila Amzah Di GV9
Artikel berkaitan: ‘Kamu Panggil Kakak Saya Jalang & Keluarga Saya Barua’ – Syada Amzah Tak Maafkan Individu Hina Keluarga
Kifarah buat Syada Amzah?
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah komen yang ditinggalkan oleh seorang individu di ruangan balas pada hantaran tersebut.
Kata individu berkenaan, situasi yang menimpa keluarga Syada ketika ini merupakan kifarah atau balasan daripada Tuhan disebabkan dia pernah ‘bercakap buruk’ terhadap aktor popular, Sharnaaz Ahmad tidak lama dahulu.
Syada, itu lah lain kali jangan duk kata dekat Sharnaaz Ahmad sebelum ini. Allah bagi balasan balik dekat keluarga Syada. Hahaha lain kali jangan kata dekat orang lain.
Tidak mendiamkan, adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dilihat membalas komen berkenaan dengan tenang. Kata Syada atau nama lengkapnya Nusyahada Amir Hamzah, kifarah adalah benar tetapi ujian yang dilalui keluarganya ketika ini tiada kaitan dengan aktor tersebut.
Saya sama sekali tidak akan menarik balik kata-kata saya atau memohon maaf atas apa yang pernah saya cakap dahulu demi mempertahankan keluarga.
Kifarah memang wujud, tetapi kifarah ini bukan disebabkan apa yang pernah saya katakan kepada dia (Sharnaaz).
Terdahulu, ibu kepada Syada, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah seorang wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan meletakkan kapsyen ‘penyondol’ pada satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Sementara itu, pada awal minggu lalu, Fauziah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi kerana difahamkan ingin menfailkan perceraian terhadap suaminya.
Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan kononnya sudah berkahwin satu lagi dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada Fauziah. Malah, difahamkan, wanita tersebut merupakan rakan kepada Shila sewaktu dibangku sekolah.
Sumber: Instagram Syada Amzah