Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi era 1980-an, ND Lala apabila isterinya, Fauziah Sarman memuat naik foto seorang wanita yang dipercayai merupakan madunya. Malah, ada dakwaan juga menyatakan Fauziah telah memfailkan perceraian.
Artikel Berkaitan: Isteri ND Lala Sebak, Fail Permohonan Cerai?
Artikel Berkaitan: Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penuh Penyondol Di Instagram?
Baru-baru ini, anak kepada pasangan ini iaitu Syada Amzah berkongsi satu ucapan serta surat terbuka sempena hari ulang tahun kelahiran bapanya.
‘Ayah tidak memilih kami..’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini memberitahu bahawa mereka sekeluarga tidak tahu bagaimana cara untuk menghubungi bapanya. Oleh disebabkan halangan tersebut, Syada mengambil kesempatan untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran serta meluahkan isi hati terhadap bapanya.
Ayah, tidak akan ada lagi gambar ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini kerana tidak ada seorang pun yang boleh akses untuk bercakap dengan ayah. Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62. Terima kasih atas segala pengorbanan ayah membesarkan kami berempat.
Bagi pihak adik-beradik, saya tahu saya hanya ada kakak, Shafiq, Syahir dan saya sahaja. Kami terima kenyataan yang ayah memilih untuk tinggalkan kami lagi, ayah tidak memilih kami. Kami telah mengetahuinya sebelum ini tetapi sekarang semuanya jelas.
Dalam kesempatan itu, Syada sempat memberi ucapan hari raya selain mendoakan yang terbaik buat kehidupan yang dipilih bapanya itu.
Sumber: Syada Amzah