berita

Syada Amzah ‘Unfollow’ Shila Di Instagram? Hanya Sokong Syahir Dalam Famili Duo?

October 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Shila Amzah Syada Amzah

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul pula dakwaan mengatakan hubungan penyanyi Shila Amzah dengan adiknya, Syada dalam keadaan dingin.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Berpihak Kepada Sesiapa’ – Shila Amzah Tak Mahu Masuk Campur Urusan Ibu Bapa

Artikel Berkaitan: ‘Dia Boleh Menyanyi Tapi…..’ – Shila Amzah Dedah Kenapa Pilih Adik Lelaki Sertai Famili Duo

Tak follow masing-masing?

Shila Amzah Syada Amzah

Malah, ada juga dakwaan mengatakan mereka berdua sudah tidak saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram masing-masing.

Menerusi tinjauan OhBulan! ke Instagram Shila dan Syada, ternyata mereka benar-benar sudah tidak saling mengikuti.

Sebaliknya, Shila hanya mengikuti adik lelakinya sahaja iaitu, Syahir dan begitu juga dengan Syada.

Sementara itu, Syada juga dilihat ada memuat video memperlihatkan Shila dan Syahir yang sedang mempromosikan program Famili Duo musim ke-3 di Instagram Stories miliknya.

Bagaiamanapun, apa yang mencuri perhatian, Syada hanya menggunakan tanda pagar #TeamSyahir sahaja, namun tidak nama Shila. Hal tersebut sekali gus menguatkan lagi dakwaan mengatakan hubungan dua adik beradik itu berada dalam keadaan tidak baik.

Dalam pada itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan Syada tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dihubungi tidak berjawab.

Shila dan Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023.

Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×