berita

Syafie Naswip Cari Pemilik Akaun Facebook Sering Komen Lucah, Menghina & Mengherdik Keluarga Fauziah Nawi

January 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Oktober tahun lalu, negara dikejutkan dengan pemergian anak kepada seniwati Fauziah Nawi iaitu Pitt Haniff selepas dibawa arus ketika sedang memancing di Kuala Lipis, Pahang. Pemergian pengarah filem tersebut sudah pasti dirasai oleh ramai rakan artis dan juga ahli keluarganya.

Belum sempat kesedihan berlalu, pelakon, Syafie Naswip memuat naik satu posting di Instagramnya, di mana ada seorang individu bersikap biadap terhadap arwah Pitt Hanif dan keluarga. Menurutnya, individu tersebut sering menghantar komen berbaur lucah, menghina dan mengherdik keluarga arwah di Facebook.

Report polis sudah dibuat

https://www.instagram.com/p/B625KGpn7cr/

Melalui posting Instagram Syafie, dia memberitahu bahawa sejak dari hari pertama arwah Pitt Hanif meninggal, individu yang dikenali sebagai ‘Kambing Kacak’ itu sering meninggalkan komen yang berunsur lucah, menghina dan mengherdik keluarga arwah serta ibu kandung arwah iaitu Fauziah Nawi.

Sebagai anak seni, dia memohon orang ramai untuk mengesan individu di sebalik akaun Facebook berkenaan. Meskipun, laporan polis sudah dilakukan, Syafie berharap kuasa viral netizen mampu mencari individu tersebut.

Syaitan punya orang

Rata-rata rakan artis dan netizen terkejut apabila membaca komen yang ditinggalkan individu berkenaan di Facebook. Menurut mereka, individu tersebut sangat kejam dan tidak menghormati perasaan keluarga arwah. Pada masa yang sama, netizen turut memberitahu Syafie bahawa terdapat juga cara untuk mengesan pengguna akaun tersebut.

Sumber: Syafie Naswip

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×