Pelakon terkenal, Syafiq Kyle baru-baru ini berkongsi perkembangan terbaharunya apabila dia mengakui sedang membuat persiapan untuk menjalankan penggambaran bersama produksi dari United Kingdom.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tunggu Nak Akad Nikah Saja’ – Syafiq Kyle
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Kahwin Selepas Raya Aidilfitri
Adaptasi novel
Pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia akan terlibat dalam sebuah drama siri yang diadaptasi dari sebuah novel berkisarkan tentang seorang inspektor datang ke beberapa buah negara untuk menjalankan siasatan.
Saya ada satu siri untuk yang akan dimainkan di United Kingdom yang akan mula penggambaran bulan Julai ini.
Siri ini diadaptasi dari sebuah novel dan pelakon-pelakon utama dari London. Jadi watak utama tersebut datang ke Malaysia untuk menyelesaikan satu kes jenayah.
Berkongsi lanjut, pelakon berusia 30 tahun ini berkata dia sedang menguasai Bahasa Inggeris bagi projek tersebut namun keseluruhan skrip belum dapat dikongsikan sepenuhnya.
Saya perlu belajar Bahasa Inggeris untuk siri ini dan merupakan satu cabaran baharu serta pengalaman baru apabila dapat bekerja dengan produksi luar.
Watak saya sebagai Sarjan Syukor untuk projek ini, tapi buat masa sekarang skrip masih lagi dirahsiakan.
Pelakon filem Polis Evo 3 ini turut berkongsi bahawa terdapat beberapa orang pelakon Malaysia yang lain turut telibat menjayakan drama bersiri tersebut.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di pratonton Seindah Kasih pada Rabu.
Dalam pada itu, tunang kepada Mimi Lana itu berkata persiapan perkahwinan mereka telah selesai dan hanya menunggu untuk ‘naik pelamin’ sahaja.
Saya banyak tengok ceramah-ceramah Ustaz sebagai persiapan. Alhamdulillah semua persiapan dah pun selesai cuma tunggu akad sahaja lagi.
Terdahulu, setelah lama menyulam cinta perkhabaran majlis merisik pasangan ini diketahui umum menerusi hantaran yang di muat naik mereka di Instagram (IG) pada 21 Januari lalu.