berita

[VIDEO] ‘Tunggu Nak Akad Nikah Saja’ – Syafiq Kyle

April 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon kacak, Syafiq Kyle bersyukur apabila tahun ini dia dapat bercuti awal bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Seindah Kasih The Movie Bakal Menemui Anda 12 April Ini!

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Akui Tak Terlepas Daripada Dugaan Menjelang Hari Bahagia – ‘Kalau Ada Dugaan Saya Tak Akan Kongsi’

Artikel Berkaitan: ‘Cukup Jaja Kisah Kahwin, Utamakan Karier Lakonan’ – Syafiq Kyle

Masa dengan keluarga

Ketika ditemui OhBulan!, Syafiq menyifatkan erti raya sebenar apabila dia dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Raya tahun ini dekat Kuala Lumpur saja, tak pulang ke Negeri Sembilan. Erti raya pada saya apabila dapat penuhkan puasa dengan aktiviti. Sebelum ini, saya bekerja pada bulan Ramadan jadi rasa bosan sikit.

Tahun ini saya dapat cuti awal. Dapat pergi terawih dan bazar untuk belikan makanan buat ibu saya. Simple things tapi berharga momen itu bersama keluarga.

@ohbulanofficial Syafiq dapat puasa penuh?! Maksudnya? ?#ohbulan #fyp #SyafiqKyle #SeindahKasih #tonton ? original sound – OHBULAN!

Ditanya perasaan bakal bergelar suami kepada aktres Mimi Lana, Syafiq, 31, berkata, dirinya sudah bersedia malah persiapan perkahwinan sudah sepenuhnya siap.

Perasaannya saya kena pilih nak beraya di rumah siapa. Perasaan beraya sebagai suami itu mestilah berlainan rasa. Tunggu jadi suami dulu.

Alhamdulillah persiapan dah lengkap semua. Tunggu nak akad nikah saja. Saya dah berlatih (akad nikah) sejak umur 20 tahun lagi, dah banyak kali shooting. Insya-Allah dipermudahkan.

Doakan yang terbaik kerana kami juga inginkan yang terbaik. Doakan rezeki dan kebahagiaan kami. Saya sendiri doakan untuk diri saya agar urusan ini dipermudahkan. Amin.

Dapat sambutan menggalakkan

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak turut bercerita mengenai Seindah Kasih The Movie, arahan pengarah terkenal, Nik Amir Mustapha.

Banyak peminat yang bagi ‘feedback’ positif kerana cerita ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Ada yang merasakan kelakar bila part Anas dengan Luqman Hafidz.

Insya-Allah dapat sambutan yang baik supaya platform ini dapat digunakan untuk meletakkan filem dan content yang baik. Pada saya, daripada sudut skrip dan penulisan perlu ada penapisan yang bagus untuk kita lahirkan hasil yang terbaik.

Selain Syafiq, Seindah Kasih The Movie menampilkan barisan pelakon hebat yang memegang watak utama seperti Mimi Lana, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Siti Saleha dan Shasha Abedul.

Seindah Kasih The Movie sudah ditayang mulai 12 April di Tonton.

SKIP THIS AD ×