Biarpun melalui banyak cabaran serta pasang surut kehidupan, pelakon Syafiq Kyle menyifatkan 2024 sebagai tahun yang indah buat dirinya.
Artikel Berkaitan: Tercalon Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Di FFM33, Syafiq Kyle Anggap Berkat Usaha Hasil Kerja Berpasukan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Gembira Aedy Ashraf Menang ABPBH36, Tiada Istilah Rampas Trofi Aktor Filem Popular – ‘Ini Semua Rezeki’
‘Sibuk itu bagus’
Bersyukur dengan rezeki dikurniakan, Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, berkata, dia juga baru dapat menikmati waktu rehat yang panjang pada Disember setelah bekerja sepanjang tahun.
Alhamdulillah perjalanan yang indah untuk 2024. Banyak cabaran tapi untuk tahun ini memang agak sibuk untuk saya. Hujung bulan ini baru saya dapat rasa cuti.
Sepanjang tahun ini memang saya tak ada cuti, saya bekerja back to back. Masa hari raya saja cuti. Tapi Alhamdulillah, bila sibuk itu bagus. Tak apa yang boleh saya katakan, hanya bersyukur.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui ditemui di majlis Future Of Astro Shaw yang berlangsung di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tutur Syafiq lagi, dirinya bukan seorang yang ‘workaholic’, sebaliknya sentiasa mencuba untuk mengimbangkan waktu kerja dan rehat.
Workaholic itu kadang-kadang saja. Tak ada la setiap tahun, ada tahun kita banyak rehat dan ada juga memang sibuk dengan projek yang telah ditetapkan.
Saya cuba seimbangkan kerja dan rehat. Bagi saya, kena kerja selagi kita diperlukan, selagi saya nak buat dan nak berkarya. Dengan apa yang saya ada, saya akan berikan yang terbaik.