Pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri pada petang Jumaat.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Nikah Hari Ini – ‘Majlis Diadakan Secara Tertutup’
Tahniah!
View this post on Instagram
Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Syafiq dan Mimi menerusi satu hantaran di Instagram (IG).
Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan dua pasangan ini begitu manis mengenakan busana pengantin.
Di ruangan kapsyen, Syafiq menzahirkan ucapan syukur selepas majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, selamat bernikah di hari Jumaat yang penuh berkat.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Syafiq dan Mimi atas pernikahan mereka.
Terdahulu, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di IG.
Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas sumber rapat mengatakan pasangan itu akan bernikah hari ini.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Sumber: IG Syafiq Kyle