Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan dirinya pernah terlibat dalam kemalangan sehingga hampir meragut nyawa.
Artikel Berkaitan: Tercalon Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Di FFM33, Syafiq Kyle Anggap Berkat Usaha Hasil Kerja Berpasukan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Gembira Aedy Ashraf Menang ABPBH36, Tiada Istilah Rampas Trofi Aktor Filem Popular – ‘Ini Semua Rezeki’
Hampir mati
Mengimbas semula kejadian itu, Syafiq atau nama lengkap Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, berkata, insiden tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke universiti.
Menurutnya, motor yang ditunggang terlanggar sebiji batu besar di tengah jalan sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Saya pernah kemalangan ketika umur 20 tahun dan waktu itu baru masuk Hero Remaja. Sehingga saya terpaksa dikecualikan dalam pertandingan tersebut, malam final sahaja saya hadir.
Dulu saya menunggang motor scrambler jenis yang tinggi. Saya guna untuk pergi kelas, dari rumah di Cheras ke UiTM Puncak Perdana.
Ada satu hari, saya bawa motor tiba-tiba nampak ada satu besar atas jalan, macam batu sungai. Saya langgar batu itu kemudian terus jatuh dan tak ingat apa dah. Saya fikir sudah mati.
Saya luka teruk dan jika lihat di tangan serta dahi, masih ada parut sampai sekarang. Helmet saya pecah waktu itu. Motor pun total lost.
Syafiq berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Sembang Seram yang dikendalikan oleh Safwan Nazri.
Merasakan seperti tiada harapan untuk hidup, Syafiq bagaimanapun bersyukur apabila dia tersedar selepas nama dipanggil oleh ibunya.
Orang tolong saya dan momen di bawa ke hospital langsung saya tak sedar. Cuma perasan sudah ada dalam ambulans.
Saya fikir ketika itu sedang melalui proses kematian. Saya nak mengucap dua kalimah syadah pun tak mampu.
Ketika di hospital, dalam keadaan mata tertutup dapat rasa ada orang di sekeliling. Doktor dan jururawat sedang lakukan kerja mereka. Sehingga mak saya panggil nama, barulah saya tersedar. Alhamdulillah.