berita

Syafiq Kyle & Riena Diana Jadi Boss Kedai Runcit Di Kuala Selangor? Drama Cinta Buat Dara Ni Confirm Lawak!

August 24th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Akhirnya, masa yang dinanti-nantikan telah tiba! Syafiq Kyle kembali dengan drama terbaru Cinta Buat Dara di samping Riena Diana dari Kampung People!

Fuh, bila teringat lakonan Syafiq Kyle dalam Bila Hati Berbicara tu…goosebumps habis!. Power weh! Adakah dia akan beri kelainan dalam drama Cinta Buat Dara ni?

 Jom kita tengok sinopsis nya dahulu.

Syafiq Kyle dan Riena Diana ada kedai runcit? Biar betul?

Ha…berlatarbelakangkan Kuala Selangor, si Hariz (lakonan Syafiq Kyle) ni merupakan anak kepada Harun iaitu seorang pengusaha kedai runcit.

Hariz ni cita-cita dia nak jadi seorang pemuzik terkenal. Namun, pada suatu hari, Harun ni jatuh sakit yang membuatkan Hariz kena take over menguruskan kedai tersebut.

Disebabkan dia perlukan pertolongan extra di kedai, Hariz telah mengupah Dara, seorang gadis bandar yang dihantar ke kampung untuk belajar supaya jadi lebih feminin. Dan dari situlah mereka berkenalan.

Tukang ajarnya bukan calang-calang ya, iaitu makcik beliau sendiri yang juga merupakan bekas Ratu Kebaya! Hebat tak hebat?

Macam orang selalu cakap, kalau dah hari-hari terjumpa tu, lambat laun mestilah terrrrjatuh hati kan? Samalah dengan kes Hariz dan Dara ni. Haih…untunglah!

Macam chill sangat je drama ni? Apa plot dia eh?

Ha, mestilah ada plot twist! Nak kasi korang geram, marah, ketawa semua dalam masa yang sama mestilah ada plot menarik, betul tak?

Tengah-tengah si Hariz dan Dara ni elok bercinta sambil bekerja tiba-tiba, kekasih lama Hariz bernama Athirah muncul kembali.  Ah…sudah! Macam mana ni?!

Tengok sinopsis pun dah tahu mesti best cerita ni! Bila drama ni akan ditayangkan?

Korang mesti akan lagi excited bila dapat tahu yang Sean Lee dan Afifah Nasir juga akan ada dalam cerita ni. Sebagai watak apa tu kita rahsia kan dulu. Korang kena la tonton drama ni nanti! 

Drama Cinta Buat Dara ni akan mula ditayangkan bermula 24 Ogos 2022 di TV3 dan platform untuk tonton drama kegemaran ramai iaitu iQIYI!

1 episod akan ditayangkan setiap hari dari Rabu hingga Sabtu pada pukul 10 malam.

Nak lagi special, korang boleh jadi pelanggan VIP iQIYI!

Para pelanggan VIP boleh tonton semua episod dan dapat akses kepada episod baru satu jam selepas siaran TV pada hari yang sama drama tersebut ditayangkan.. Kalau di TV ditayangkan pukul 9pm, di iQIYI 10pm!

Tak payah dah nak tunggu seharian dan tak perlu susah-payah tonton secara cetak rompak!

Selain itu, antara manfaat menjadi ahli VIP ialah korang boleh tonton drama tanpa gangguan sebab korang boleh skip je semua iklan yang ada. 

Malah, soundnya juga memang terbaik weh sebab menggunakan Dolby Atmos dan boleh strim dengan kualiti Full HD (Blu-Ray 1080p)! Fuh, rasa macam tengah cakap dengan Syafiq Kyle betul-betul lah weh. 

Untuk pengguna Celcom Xpax Mix & Match pula, korang boleh dapatkan akses VIP dengan RM5 sebulan sahaja! Seronoknya, boleh bayar ikut keperluan anda. Jom cipta pelan tanpa had sekarang dan strim drama berkualiti HD. Dapatkan sekarang!

Admin tak sabar nak tengok keserasian Syafiq Kyle dan Riane Diana berlakon dalam Cinta untuk Dara ni!

So korang rasa, berjaya ke Hariz menempuh dugaan ini? Ke dia balik dekat ex dia. Ha lepas tu, kalau si Dara ni balik ke bandar semula nanti macam mana pulak? Bukan itu sahaja, adakah Hariz berjaya mencapai cita-cita beliau sebagai ahli muzik?

Wah, banyak benda Hariz nak kena fikir ni! Jom sama-sama kita saksikan apa kesudahanya! Korang boleh terus klik dekat SINI untuk ke laman iQIYI!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×