berita

Syafiq Kyle Tunai Umrah, Ibu Sebak Hantar Di Lapangan Terbang

April 2nd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Syafiq Kyle

Pelakon Syafiq Kyle dipercayai sudah berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah pada Ahad lalu bersamaan 21 Ramadan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Bersederhana Dalam Emosi, Kekal Profesional Dengan Syafiq Kyle – ‘Boleh Memaafkan Tetapi Tidak Melupakan’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Jadi Kahwin, Tidak Bermakna Mereka Bermusuh’

Tunaikan

Syafiq Kyle

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh adik kepada Syafiq iaitu Syazwan Razak menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Selamat angah (Syafiq), semoga Allah permudahkan semuanya. Jaga diri angah.

Dalam perkongsian tersebut, Syafiq dilihat mengenakan kain ihram dan memakai baju berona krim.

Turut kelihatan ibu dan bapa Syafiq yang bersama-sama dengannya ketika berada di lapangan terbang.

Menerusi perkongsian sama, aktor itu dan ibunya dilihat menitiskan air mata sewaktu mereka berpelukan.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial telah memuat naik semula rakaman tersebut di platform TikTok.

Rata-rata wargamaya dan peminat yang singgah ke ruangan balas mendoakan agar Syafiq memperoleh Umrah yang mabrur.

SKIP THIS AD ×