Di Instagram, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Syafiqa serta Syida Melvin meluahkan rasa bengang terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian di Shah Alam.
Artikel Berkaitan: Shahiezy Sam Dedah Syatilla Melvin Paling ‘Soft Spoken’ Dalam Kalangan Adik Beradik
Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk
Menerusi sebuah rakaman video, adik beradik ini dilihat sangat marah apabila pemilik kedai tersebut tidak membenarkan mereka untuk membawa masuk kanak-kanak ketika memilih pakaian di dalam kedai.
Menurut Syida, peraturan yang ditetapkan oleh pemilik kedai tersebut sangat tidak masuk akal. Lebih teruk, Syida mendakwa anaknya sedang tidur pada waktu itu.
Boss dia suruh duduk luar dan jaga anak saya secara bergilir-gilir. Dia tak tengok ke anak saya hanya berbaring di dalam tu. Kami datang nak sokong perniagaan orang Melayu.
Kami dah cari banyak tempat tapi datang ke kedai ini sebab orang kata menarik. Kami tak minta tajaan, kami guna duit sendiri. Mereka tiada budi pekerti. Budak ini bukannya kecil lagi dan dia sudah faham bahasa.
Ujar Syafiqa pula, mereka datang ke premis berkeaan untuk menyewa pakaian sempena majlis makan malam perniagaan milik mereka.
Respons butik
Terbaru, pihak butik tersebut tampil mengeluarkan satu kenyataan di Instagram milik mereka. Ujar pihak butik, peraturan untuk tidak boleh membawa masuk budak ke dalam butik dipercayai sudah pun dilaksanakan sejak bulan Januari tahun 2022 bagi tujuan keselesaan para pelanggan.
Pihak butik itu juga berharap tidak ada pihak yang akan mempertikaikan kenapa dan mengapa peraturan tersebut dibuat.
Sumber: Instagram