Usahawan dan pempengaruh, Syafiqah Aina terapkan hidup mengikut kemampuan kewangan dan tidak bersaing dengan mana-mana pihak.
Artikel Berkaitan: Syafiqah Aina Tak Pernah Skip Pakai Stoking, ‘Inner’ & ‘Legging’ Setiap Kali Keluar Rumah – ‘Rasa Lebih Selamat, Dah Tiga Tahun Bertahan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Ajar Staf Menyimpan, Beri Bonus Tiga Bulan Gaji – ‘Ada Yang Dah Berjaya Simpan RM50,000’
Kawal nafsu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Aina menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai pengurusan duit agar tidak boros.
Menurutnya, dia mengasingkan setiap gaji yang diterima untuk keperluan tertentu.
Dari sebelum kahwin dulu, setiap kali dapat gaji saya asingkan siap-siap duit untuk simpanan dekat tempat lain selain akaun bank yang kita aktif gunakannya.
Limitkan belanja setiap bulan.
Kawal nafsu paling penting tau. Beli hanya barang keperluan dan mana yang lebih penting saja.
Ujarnya, dia hanya memakai apa yang ada sahaja dan memilih untuk tidak membazir.
Ukur baju di badan sendiri
Berkongsi lebih lanjut, isteri kepada pempengaruh Hafiz Mahamad ini turut menitip pesanan agar berbelanja mengikut kemampuan kewangan.
Tegasnya, berhenti membandingkan kemampuan diri sendiri dengan orang lain.
Kena ukur baju di badan sendiri.
Kalau duit kita memang berkepuk-kepuk okay saja nak berbelanja tapi kalau nak simpan setiap bulan pun tak boleh, kena kawal nafsu itu.
Berhenti bandingkan kemampuan kita dengan orang lain dan tidak bersaing.
Dalam pada itu, Aina menetapkan prinsip untuk menjalani hidup bersederhana dan bahagia dengan cara sendiri.
Sumber: Instagram @syafiqahaina