berita

Syahmi Sazli Reda Rakyat Kelantan Ancam Boikot Gara-Gara Bersuara Isu Air

August 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Syahmi Sazli

Pempengaruh Syahmi Sazli menerima dengan hati terbuka andai ada sesetengah pihak mahu memboikot perniagaannya.

Kritikan itu diterima berikutan tindakan isterinya iaitu Anissa yang tampil menyuarakan tentang isu air kotor di negeri Kelantan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] #ABPBH35: Menang Kategori Lawak Viral Popular, Syahmi Sazli, Hasif & Yeoy Parey Belanja Orang Kampung Barang Dapur

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dedah Pendapatan Bulanan Syahmi Sazli, Youtubers Ini Tampil Mohon Maaf

Reda jika diboikot

Syahmi Sazli

Menerusi hantaran di Facebook (FB), Syahmi memberi respon terhadap satu hantaran di page FB Anak Kelantan yang menyatakan bahawa warganet mengancam untuk memboikot perniagaannya.

Netizen ancam boikot bisnis Syahmi Sazli dan isteri.

Awak dah tak nak berniaga dengan orang Kelantan ke?

Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 28 tahun itu mengambil keputusan untuk menerima ancaman tersebut dengan berlapang dada kerana tegasnya dia bersuara demi kepentingan penduduk negeri tersebut.

Kalau Syahmi dan Anissa diboikot sebab bersuara untuk kebaikan rakyat senegeri, tak apa Syahmi reda.

Yang mana masih ada bersama Syahmi, semoga Allah membalas kebaikan semua.

Berani kerana benar

Syahmi Sazli

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan pasangan tersebut kerana berani bersuara dan pengikutnya turut mendoakan agar dia memperoleh rezeki yang lebih luas selepas ini.

Terdahulu, Anissa meluahkan rasa kecewa terhadap kerajaan negeri berikutan masalah air yang berlaku di negeri tersebut walaupun sudah lebih 30 tahun memerintah.

Setelah menerima pelbagai komen dan kecaman, Syahmi kemudian tampil menjelaskan tentang isu berkenaan di laman FB.

Sumber: FB Syahmi Sazli

SKIP THIS AD ×