berita

Syamel & Ernie Zakri Pilih Nur Khawla Soleha, Peminat Puji Sedap Nama Anak – ‘Khaulah Seorang Serikandi Yang Hebat ..’

March 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas seminggu bergelar ibu bapa, pasangan selebriti Syamel dan Ernie Zakri berkongsi nama anak sulung mereka di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Tak Dapat Beraksi Di AJL 36, Ernie Zakri Bakal Bersalin Bulan Depan

Artikel Berkaitan: Alhamdulillah! Ernie Zakri Selamat Bersalin Anak Perempuan – ‘Senang Daddy Ingat Tarikh Birthday’

Call me Khawla

Menerusi akaun media sosial, Syamel dan Ernie berkongsi foto memperlihatkan genggaman tangan mereka bertiga.

Pasangan sejoli ini sepakat memilih Nur Khawla Soleha untuk nama penuh puteri tersayang.

Selamat datang ke dunia Nur Khawla Soleha.

Semoga menjadi anak yang solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan serta rahmat Allah SWT.

Nama yang cantik

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat teruja dengan pemilihan nama tersebut. Malah, ada juga wargamaya yang mendoakan agar Khawla membesar menjadi anak solehah.

Pada 22 Februari lalu, Ernie selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pukul 10.14 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Sumber: Instagram @erniezakri

SKIP THIS AD ×