Meskipun sudah berpisah, pengarah, Syamsul Yusof dan aktres, Puteri Sarah Liyana kekal berkawan baik demi masa depan dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Kuat, Kering Air Mata
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu
Artikel Berkaitan: Taufu Fa Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak
Sumayyah nangis
@norainibasre88 #husbandwife #irakaza #puterisarahliyana #syamsulyusof #binafshasweet #norainibasre #artismalaysia #babygirl #sumayyah ? bunyi asal – Noraini Basre
Terbaru, Syamsul, 39, memuat naik gambar Sumayyah yang dilihat menitiskan air mata. Foto itu dipercayai dirakam ketika Syamsul membuat panggilan video bersama anak perempuannya.
Menerusi kapsyen ditulis, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof menyatakan dia menjadi bapa yang garang kerana sayang dengan anak-anak.
Ayah garang sebab sayang.
Gelang Puteri Sarah
Bagaimanapun, di TikTok, apa yang menjadi bualan ramai adalah gelang tangan pada wanita yang memegang Sumayyah. Berdasarkan hantaran yang dimuat naik semula, rata-rata warganet mengatakan perhiasan itu milik Puteri Sarah.
Selain itu, netizen mengukuhkan lagi dengan menyatakan aktres berumur 38 tahun memberitahu ketika siaran langsung yang dia menghubungi Syamsul untuk menegur Syaikhul dan Sumayyah.
Dalam masa sama, peminat turut tumpang gembira melihat hubungan baik antara Syamsul dengan Puteri Sarah.
Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam , 6, dan Summayah, 5.
Manakala pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.
Sumber: TikTok