Setelah sekian lama tidak berjumpa, pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga bertemu ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Artikel Berkaitan: ‘Insya-Allah, Kami Akan Berkumpul Semula’ – Patimah Ismail
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Kembali Ke Set Penggambaran, Lagu Filem ‘Dilwale’ Jadi Muzik Latar
Kembali bersatu
Momen manis pertemuan tersebut dikongsikan oleh Patimah menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada malam Rabu.
Dalam hantaran berkenaan, pengarah filem KL Gangster itu yang mengenakan baju berwarna hitam dilihat memeluk kedua ibu bapanya sambil mengukir senyuman di bibir jelas menunjukkan kegembiraan.
Patimah turut menggunakan lagu berjudul Syukran Lillah nyanyian Sabyan sebagai muzik latar yang mana lirik lagu berkenaan mengungkap rasa syukur.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, turut dilihat bekas isteri kepada Syamsul iaitu aktres Puteri Sarah yang turut bersama meraikan momen bermakna itu.
Sebelum ini, Patima ada memberi bayangan akan berjumpa semula dengan anaknya dan akhirnya hasratnya dimakbulkan.
Sumber: Instagram