Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof hadir bagi pengesahan sebutan lafaz cerai taklik di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor tepat jam 9.05 pagi.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Nampak Lebih Ceria, Kongsi Foto Bekerja Dengan Imej Baru Berambut Pendek
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Hubungan Kami Baik, Mungkin Saya & Isteri Datang Beri Sokongan Kepada Syamsul Di Mahkamah’ – Yusof Haslam
Syamsul, Ira hadir di mahkamah
Syamsul yang hadir dengan sut lengkap berona hitam berharap agar prosiding hari ini (Khamis) berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah sihat, komen saya kita tunggu saja.
Dalam pada itu, anak kepada penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam ini turut meluahkan rasa rindu kepada rakan media yang hadir pada hari ini.
Terima kasih semua, saya rindu korang semua.
Sementara itu, Ira yang hadir kira-kira lima minit kemudian hanya tersenyum ketika ditanyakan harapan mengenai prosiding hari ini.
Imbas kembali, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.
Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada persefahaman.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.