Belum genap seminggu membawa gelaran duda, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof sudah kembali bekerja.
Artikel Berkaitan: ‘Sejujurnya Mengalir Air Mata Melihat Anak Harungi Takdir Hidupnya Seorang Diri’ – Patimah Ismail
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Kunci Mulut, Tak Mahu Kongsi Punca Perceraian Dengan Ira Kazar
Kembali bekerja
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syamsul atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, dilihat berada di sebuah kawasan dipercayai lokasi penggambaran.
Bagaimanapun, Syamsul tidak mendedahkan secara terperinci mengenai penggambaran tersebut, namun jelas dilihat beberapa krew dan kelengkapan menjalani ‘shooting’.
Pengarah filem KL Gangster itu turut menggunakan ‘filter’ berwarna hitam serta memilih lagu Hindustan berjudul ‘Gerua’ yang menjadi runut bunyi filem Dilwale sebagai muzik latar.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, bekas suami kepada Ira Kazar itu memuat naik video dia di dalam kereta.
Imbas kembali, pada 5 September lalu, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Mahkamah mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.
Sebelum ini, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram