Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang komen lanjut berhubung perceraiannya dengan bekas isteri, Ira Kazar yang disahkan Mahkamah Rendah Syariah, hari ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Bercerai Talak Satu, Perkahwinan Hanya Bertahan Hampir Dua Tahun
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Ira Kazar Tenang Hadir Pengesahan Sebutan Lafaz Cerai Taklik
Tak mahu kongsi
Syamsul atau nama penuhnya, nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, memberitahu dia tidak mahu memberi sebarang komen mengenai prosiding mahkamah hari ini.
Saya no (tiada) komen. Alhamdulillah semua selesai. Tiada sebab nak kongsi. Saya tak mahu kongsi.
Tambah pengarah filem Munafik itu, dia mahu berterima kasih kepada semua yang telah memberikan kata-kata semangat buat dirinya sejak isu ini viral di media sosial.
Saya banyak terima mesej menerusi WhatsApp dan dalam media sosial (DM). Mereka doakan yang baik-baik, terima kasih.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah sensasi, Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.
Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.
Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.
Perkara itu berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos).
Terdahulu, pada 16 Ogos, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Sekadar info, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.