berita

‘Syamsul Yusof Tak Boleh Tentukan Jumlah Saman RM10 Juta’ – Peguam Sivil

December 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, pengarah filem, Syamsul Yusof memaklumkan bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Artikel Berkaitan: Artikel Berkaitan: Nafi Dah Berkahwin Lain, Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta – ‘Ya, Ianya Satu Fitnah..’

Buktikan diri difitnah

Foto: BH Online

Memetik laporan BH Online, Peguam Sivil daripada Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates, Hafez Zalkapli berpendapat Syamsul tidak boleh menentukan jumlah saman terhadap Jawi kerana itu tugas pihak mahkamah.

Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya.

Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam.

Selain itu, Hafez menekankan perkara pertama yang perlu dilakukan Syamsul adalah membuktikan dirinya difitnah.

Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.

Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada, merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat, menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.

Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti.

Dalam pada itu, katanya lagi, terdapat dua jenis maksud dalam ayat fitnah iaitu bermaksud biasa atau tersurat.

Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat.

Terdahulu, Syamsul bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jawi yang dipercayai membabitkan dokumen berkaitan kemelut rumah tangga dengan isterinya, aktres Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×