berita

Syamsul Yusof Tak Jadi Saman JAWI, MAIWP

July 13th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengarah, Syamsul Yusof telah menarik balik saman yang difailkan terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.

Tarik balik

Menerusi laporan Harian Metro, Peguam, Azahir Nasir yang mewakili pengarah filem ‘Mat Kilau’ berusia 39 tahun itu mengesahkan perkara tersebut selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

Dalam pernyataan tuntutan, Syamsul memfailkan saman terhadap pihak berkuasa agama itu kerana menyebarkan fakta aib dan memalukan kepada ibunya berhubung kenyataan Ira Kazar yang dipanggil memberi keterangan kepada JAWI, Ogos tahun lalu.

Syamsul selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Mohd Haris Abdllah; Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Maiwp sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Berikutan daripada itu, Syamsul menuntut ganti rugi teladan ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.

Di samping itu, Syamsul juga memohon deklarasi gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul dan Ira, 28, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang diambil oleh defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.

Selain itu, pengarah berkenaan memohon deklarasi gambar pernyataan itu yang dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka. Ia termasuk deklarasi penyebaran gambar pernyataan itu dibuat oleh defendan atau ejen.

Dalam pernyataan tuntutan, Syamsul berkata, pada 20 Disember 2022, ibunya menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp iaitu gambar pernyataan mengaibkan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.

Mengikut dokumen yang diperoleh, gambar pernyataan itu mengandungi fakta mengaibkan dan memalukannya disebar kepada ibunya.

Akibat penyebaran fakta aib itu, Syamsul berkata, beliau dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan dan akan memberi keterangan lanjut ketika perbicaraan kelak.

Katanya, tindakan defendan atau ejen mengaibkan dan memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon dan pengarah filem.

Tambahan lagi ia menambahkan tekanan perasaan atau ‘stress’ plaintif apabila diberitahu oleh Ira Kazar bahawa gambar pernyataan bertulis itu direka dan ditokok tambah oleh defendan pertama dan ejen kerana ia bukanlah keterangan yang diberikan oleh Ira.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×