Pelakon dan pelawak, Syanie mendedahkan bahawa dirinya pernah menjalani pembedahan pintasan usus (gastric bypass) pada tahun 2009 bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.

Artikel Berkaitan: ‘Ada Satu Atau Dua Tawaran Dalam Tempoh Setahun’ – Syanie Dakwa Kurang Dapat ‘Job’ Sejak Berhijab

Dapat sokongan keluarga

@siardotmy

Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Pelakon dan Pelawak, SYANIE HISHAM di saluran SIAR Unifi TV dan Youtube SIAR TV! 📺🎬 #ruangtemu #siar #syanie #surger #syaniehisham #gastricbypass

♬ original sound – SIAR – SIAR

Walau bagaimanapun, Syanie atau nama lengkapnya Syaniza Hisham memaklumkan bahawa pada awalnya dia berasa ragu-ragu untuk meneruskan pembedahan memandangkan prosedur tersebut masih baru dalam dunia perubatan.

Namun, dia tetap meneruskan niatnya itu selepas mendapat nasihat daripada arwah neneknya.

Tapi pada mulanya saya macam ragu-ragu nak buat atau tidak sebab pembedahan itu masih baru lagi dalam dunia perubatan pada ketika itu.

Sampailah saya duduk bersembang dengan ibu serta arwah nenek. Kemudian arwah nenek tanya, ‘Syanie nak bedah sebab apa?’

Saya cakaplah yang saya nak buat pembedahan itu sebab tak nak sakit, itu saja.

Kemudian nenek yang yakinkan saya untuk buat.

Selepas itu saya pergi semula berjumpa dengan doktor untuk buat pembedahan. Saya kata pada doktor, ‘Saya tak nak kurus sebab itu bukan Syanie tetapi saya hanya nak kurangkan sikit saja berat badan supaya sihat’.

Syanie berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Ruang Temu’ yang dibawakan khas oleh Siar TV.

Buat untuk sihat, bukan kurus

Bercerita lanjut, pelakon filem ‘Senario Lagi’ ini memaklumkan, dia memilih untuk melakukan pembedahan itu atas faktor menghidap ‘sleep apnea’ (apnea tidur).

Ujarnya, keputusan ujian bersama doktor mendapati pernafasannya akan terhenti lebih 120 kali setiap kali sedang tidur.

Tambah Syanie, berat badannya yang mencecah 220 kilogram juga menjadi faktor dirinya meneruskan pembedahan tersebut.

Pada tahun 2009 saya buat pembedahan pintasan usus (gastric bypass) bukan sebab nak kurus tetapi adalah untuk kekal sihat.

Waktu itu berat saya 220 kilogram (kg) dan saya ada ‘sleep apnea’ di mana bila buat ujian, sebanyak 120 lebih kali nafas saya akan terhenti.

Bila nafas terhenti bermakna oksigen tak sampai ke otak jadi doktor cakap kalau teruskan saja begini, tak lama hidup saya dan boleh mati dalam tidur.

Sumber: TikTok, YouTube