Tatkala nama Fattah Amin dan Emma Maembong masih lagi menjadi sebutan di media sosial, sebuah syarikat aksesori kenderaan di Kajang dilihat mengambil kesempatan dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada mereka yang bernama sama seperti aktor dan aktres tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah, Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Berkahwin
Artikel Berkaitan: Emma Maembong & Shazli Sudah Bercerai, Terima Keputusan Dengan Matang – ‘Saya Sebolehnya Cuba Menutup Kisah Peribadi’
Bagi diskaun
Menerusi beberapa posting di Facebook, syarikat tersebut berkata, tempoh diskaun adalah terhad sehingga akhir bulan Oktober sahaja. Selain diskaun untuk mereka yang bernama Fattah dan Emma, syarikat berkenaan turut memberi diskuan kepada semua pemilik kereta jenis Honda SM4.
Tag yang nama Fattah, Emma dan siapa yang pakai Honda SM4. Kita nak bagi diskaun tinted 50 peratus untuk bulan Oktober ni.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan menyifatkan syarikat berkenaan sangat bijak dalam melakukan promosi. Tambah netizen, mereka berharap diskaun yang sama turut diberikan kepada individu lain juga.
Nak tukar nama
Bukan itu sahaja, netizen turut berseloroh dan mahu menukar nama menjadi Fattah dan Emma susulan mahu diskaun tersebut.
Isnin lalu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada hari yang sama juga, pelakon Emma Maembong mengesahkan sudah berpisah dengan suami, Muhammad Shazli Azhar.
Sumber: Facebook