Sejak akhir-akhir ini tular di media sosial mengenai serangan serangga pepijat yang melanda hampir kesemua bandar utama di negara United Kingdom (UK).
Artikel Berkaitan: Wabak Influenza Makin Meningkat, Vaksinasi Ini Mampu Kurangkan Kadar Pesakit Di Hospital!
Sekolah dan pawagam terkena tempias
Memetik laporan portal Mirror UK, serangan serangga perosak itu dipercayai merebak dari negara Perancis yang telah merosakkan tempat-tempat utama seperti sekolah, hospital dan pawagam.
Menurut data yang dikeluarkan syarikat kawalan serangga, Rentokil berlaku peningkatan serangan pepijat sebanyak 65 peratus dari tahun 2022 hingga 2023.
Peningkatan statistik itu sedikit sebanyak telah menimbulkan kerisauan yang mendalam dalam kalangan penduduk di sana.
Sementara itu, seorang pemilik syarikat kawalan serangga perosak, Pied Piper iaitu Tony King pihaknya telah menerima ratusan ribu laporan mengenai isu itu dan mengakui pihaknya sukar untuk menangani masalah tersebut.
Serangan yang berlaku pada ketika ini adalah di luar kawalan kami. Hampir 15 hingga 20 kes yang perlu diselesaikan pihak kami pada setiap minggu dan ia sangat merisaukan kami.
Boleh dikatakan masalah yang dihadapi rakyat di UK pada ketika ini adalah lebih teruk berbanding tahun 1930-an dahulu.
Serangan serangga pepijat tersebut telah menyebabkan hampir ribuan rakyat UK mengalami gejala gatal-gatal seluruh badan.
Video tular
Bedbugs in London? ? pic.twitter.com/MuZGl20ahM
— Kayomikun Badaru (@BadaruKayomikun) October 15, 2023
Sumber: Mirror UK, Aplikasi X