
Pengasas Finura, Nurulain Md Yusof yakin dengan keputusan penyanyi Syasya Rizal mengenakan hijab selepas mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla.
Artikel Berkaitan: Anak Syasya Rizal Dah Pandai Sebut Bapa Di Usia Lima Bulan
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Terkesan Didakwa Hamil Sebelum Nikah, Akan Sedaya Upaya Lindungi Yassir – ‘Cukuplah Sekadar Orang Sekeliling Yang Tahu’
Bagi keyakinan bertudung

Menurut Nurulain, Syasya ikhlas menukar imej muslimah, bukan semata-mata untuk menjadi duta tudung.
Saya harap kehadiran dia dalam keluarga Finura dapat meningkatkan keyakinan Syasya dalam bertudung.
Finura hadir dalam pasaran untuk tingkatkan motivasi wanita bertudung iaitu dengan tampil cantik dan selesa di khalayak umum, cantik cara kita.
Tambah Nurulain, pemilihan Syasya sebagai duta adalah sangat tepat dalam memacu jenama Finura untuk lebih barjaya di masa hadapan.
Syarikat memang sedang mencari seorang duta, jadi satu hari saya terlihat video Syasya di TikTok yang mengenakan tudung bawal dan saya terus rasa dia sangat sesuai untuk menjadi duta Finura.
Jadi daripada situ saya rasa pemilihan Syasya sebagai duta adalah keputusan yang tepat dalam memberi impak positif buat Finura.
Kebebasan curah idea

Pelantikan ini menandakan kerjasama strategik antara Syasya dan Finura dalam menampilkan rekaan tudung moden, selesa dan eksklusif untuk wanita muslimah masa kini.
Berkongsi lanjut, Nurulain memberitahu Finura sudah ada rancangan bersama Syasya selama satu tahun kontrak mereka berjalan.
Malah Finura memberikan kebebasan buat Syasya untuk menghasilkan sendiri rekaan serta warna tudung yang dimahukan sepanjang menjadi duta.
Dalam satu tahun, Finura sememangnya sudah merancang untuk mengeluarkan dua koleksi baharu setiap bulan.
Koleksi-koleksi itu kami beri kebebasan buat Syasya untuk pilih seperti warna dan corak yang dia inginkan.
Kami berikan dia kebebasan supaya dia bebas meneroka keselesaan dalam memakai tudung dan buatkan perjalanan hijrahnya semakin baik.
Dalam pada itu, Nurulain berharap kerjasama yang dilaksanakan ini memberi impak positif buat kedua-dua belah pihak.
Jelas Nurulain, dia tidak mahu peminat bersangka buruk tentang penghijrahan Syasya, sebaliknya objektif yang ingin dicapai adalah untuk meningkatkan motivasi wanita bertudung dengan tampil selesa dengan jenama Finura.
Harapan saya bukan sahaja untuk Finura malah buat Syasya, saya mahu peminat melihat perubahan hijrah Syasya sebagai satu perkara positif bukan disebabkan dia berhijab dapat jadi duta.
Koleksi pertama kolaborasi Finura bersama Syasya diberi nama The First Bloom akan dilancarkan menerusi sesi siaran langsung di TikTok jenama itu pukul 9 malam pada 17 Jun ini.
Konsep tersebut diinspirasikan daripada perjalanan hijrah Syasya yang menggambarkan kekuatan dalam kelembutan serta keindahan seorang wanita yang sedang melangkah ke fasa baru dalam hidup.
Ini adalah kisah tentang perubahan, pertumbuhan, dan proses ‘blooming’ atau mekar ke arah diri yang baru.
The First Bloom boleh didapati di laman sesawang Finura dan Tiktok shop.
Finura juga menyediakan penghantaran ke Singapura dan Brunei dengan pembelian melalui laman sesawang.








