Selepas didakwa hamil oleh netizen, bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal seakan memuat naik video menunjukkan ‘baby bump’ di sebuah pulau.
Artikel berkaitan: Muat Naik Gambar Di IG, Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Syasya Rizal – ‘Alhamdulillah Kalau Betul’
Artikel berkaitan: Syasya Rizal Lebih Tenang Selepas Bertudung, Mahu Ubah Gaya Pemakaian – ‘Baju Lama Tak Buang, Tapi Bagi Adik’
Jelas nampak ‘baby bump’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syasya berpimpin tangan dengan suaminya, Nasrullah sambil berjalan di dalam air jelas menampakkan bahagian perutnya itu.
Sebelum ini, pemilik nama Norsyasya Syafiqah Shahrizal juga pernah memuat naik beberapa hantaran yang seakan memberi bayangan dirinya sedang hamil cahaya mata pertama.
Meskipun Syasya tidak pernah membuka mulut tentang dakwaan tersebut namun jelas melalui foto dan video yang dikongsikan.
Terdahulu, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi.
Syasya kemudiannya melangsungkan majlis pernikahan dengan Nasrullah dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.
Sumber: Instagram