Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal mendedahkan Angel merupakan orang pertama yang mengetahui tentang hubungannya dengan suami, Nasrullah yang ketika itu masih bercinta.
Artikel berkaitan: Syasya Rizal Jatuh Cinta Dengan Suami Sebab Wajah Mirip Nobita – ‘Saya Memang Suka Cerita Doraemon’
Artikel berkaitan: Syasya Rizal Jawab Dakwaan Nenek Tidak Restu Perkahwinan – ‘Dia Terkejut Sebab Balik Dari Makkah, Saya Nikah’
Angel ahli pertama tahu
Menerusi temu bual di stesen radio Era, Syasya berkata, dia kemudian memperkenalkan suaminya kepada semua ahli Dolla selepas Nasrullah hadir memberi sokongan di sebuah acara dua tahun lalu.
Orang pertama yang tahu saya dengan Nasrullah masa itu adalah Angel. Sebab masa tu saya keluar dengan Angel kami pergi makan malam dan masa nak balik saya minta tolong Nasrullah ambil dan hantar saya dan Angel balik. Dekat situ Angel tahu.
Angel lepas tu tanya siapa tu, siapa tu? Mula-mula saya cakap kawan je lepas tu Nasrullah datang masa saya buat persembahan di Good Vibes dan masa itu saya kenal kan dekat semua ahli Dolla.
Dalam pada itu, Nasrullah disoal mengenai komen-komen daripada peminat lelaki Syasya, dia memberitahu tidak ambil pusing dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Pasal itu senang je. Saya baca sikit lepas tu dah habis masa saya scroll ke bawah pula.
Pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla dan difahamkan keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri susulan foto pernikahan yang tersebar di media sosial.
Sumber: TikTok