Siapa yang tidak kenal dengan empat orang adik beradik daripada ‘utagha’ (utara) iaitu Pengasas Kekasih yang terdiri daripada Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dan Siti Nur Syida Amirol Melvin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Lelong Barangan Ratusan Ringgit Milik Shaheizy Sam, Syatilla Tenang Jawab – ‘Nak Beli Barang Dapur, Nak Buat Macam Mana’
Buat apa nak gaduh
Keempat-empat ini kerap membuat siaran langsung di TikTok untuk menjual produk keluaran mereka sambil bergelak tawa dan gurau senda bersama pengguna media sosial.
Ditanya sama ada adik beradik yang pekat dengan loghat utara ini pernah bergaduh sesama mereka, jawab Syatilla mereka sangat profesional dalam mencari rezeki.
Buat apa nak gaduh-gaduh. Kami nak cari rezeki lebih baik dan keberkatan dalam apa saja yang kami buat.
Kelainan yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik-beradik. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan perniagaan yang kami jalankan.
Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana kami berniaga. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.
Syatilla berkata demikian ketika Soft Launching Produk Raya Kekasih yang diadakan di Glass House Klang, baru-baru ini.
Banyak yang diperbaiki untuk kekal
Tambah pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia berpendapat mereka satu-satunya perniagaan tempatan yang dilakukan sesama adik beradik.
Tak keterlaluan jika dikatakan perniagaan yang kami jalankan juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Dalam pada itu, isteri kepada Shaheizy Sam menyatakan mereka juga tidak terlepas dengan dugaan dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan.
Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan.
Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik. Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang.
Bercerita tentang edisi raya Kekasih, Syatilla, Syafiqa, Syifa dan Syida menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu Kekasih. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser.
Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.
Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera.
Dari segi harga pula, satu pek RM19 dan paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100.