Tindakan Syatilla Melvin yang menjual barang-barang terpakai suaminya secara ‘lelong’ membuatkan rata-rata warganet terhibur dengan gelagat dan keredaan Shaheizy Sam dalam video tersebut.
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Tak Pantang, Kongsi Kos Bersalin ‘Caesar’ Sama Dengan Yamaha MT-15
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin & Shaheizy Sam Pilih Nama Salama Samheizy, Netizen Puji Terus Tayang Wajah Anak
Artikel Berkaitan: Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri, Syatilla Suruh Shaheizy Sam Cari Hotel
Barang ratus-ratus jadi puluh ringgit
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Syatilla yang sedang ligat menjual barang-barang terpakai miliknya dan Sam menerusi Live di Tiktok.
Apa yang menarik perhatian netizen apabila barang-barang kepunyaan Sam turut serta ‘dilelong’ dengan harga jauh lebih murah dari harga asal.
Sebab nak beli barang dapur, nak buat macam mana? Terpaksalah cari duit macam tu.
Walau bagaimanapun, Syatilla yang juga seorang pelakon itu menjawab persoalan suaminya secara berseloroh apabila ditanya oleh Sam tentang tindakannya yang menjual barang-barang terpakai dengan harga mampu milik.
@shaheizysam Hehek ? @SyatillaMelvin #PreLove #Lelong #SamTilla #FYP #ForYourPage
‘Redanya muka’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat suami isteri itu yang dianggap merendah diri.
Sumber: Tiktok @shaheizysam