Pelakon Syatilla Melvin memberitahu sudah hampir seminggu berdepan masalah kesihatan yang mengakibatkan dia mengalami muntah dan cirit birit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiqa Melvins Hamil Anak Ketiga, Netizen Persoal Tentang Umur – ‘Ingat Aku Tua Sangat Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Momen Ibu Ambil Keputusan SPM Di Sekolah – ‘Dia Punya Laju Balik, Tak Sempat Nak Bengkak Mata’
Seminggu tak sihat
Menerusi hantaran di Instagram, Syatilla berkata disebabkan terlalu banyak muntah, matanya menjadi merah.
Pun begitu, dia tidak mendedahkan secara terperinci mengenai sakit yang dialami.
Saya sakit mata dan muntah-muntah, cirit birit dah seminggu. Akibat muntah, mata saya jadi merah.
Dua minggu badan memang betul-betul tak best. Entah virus apa yang seronok sangat nak berkawan dengan aku.
Susulan itu, isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini memohon maaf kepada kenalannya kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon dan membalas kiriman mesej.
Kepada yang mencari saya, minta maaf memang saya tak buka atau reply Whatsapp apa pun.
Sebab memang lemah, tiada tenaga. Anak-anak pun sama. Hari ini (Rabu) baru boleh senyum sikit.
Sementara itu, rata-rata rakan artis dan peminat yang singgah ke ruangan balas menitipkan doa buat Syatilla agar diberikan kesembuhan dengan segera.
Sumber: Instagram