Minggu lepas kecoh apabila Tiz Zaqyah mendakwa pihak Seniman seperti tiada fungsi. Namun dakwaan itu dinafikan oleh pihak Zed Zaidi. Terbaru Syazwan Zulkifly turut meluahkan ketidakpuasan hati mengenai Seniman.
Dia mendakwa pihak Seniman turut tidak pertahankan dirinya ketika di banned oleh televisyen. Zed Zaidi sekali lagi menafikan kenyataan ini dan menganggap tuduhan Syazwan tidak berasas.
Di ‘banned’ kerana artis Singapura
Nak expired dah ni.Maksudnya kene renew la kan.kejap lagi tak boleh kerja pulak tak renew kad ni.Tak renew kang “kebajikan” dan ”right” saya sebagai pelakon tak ambil tahu pulak.eh rasanya dah dekat 2tahun dah seya kene #banned dengan #astro kerana masalah dengan peribadi dengan seorang artis dari singapore yg juga merupakan artis dibawah naugan astro (masa itu. Bayangkan saya Malaysian,di banned oleh oleh tv station dari Malaysia kerana artis Singapore?dah dua kali saya renew keahlian SENIMAN saya manalah tau diaorg amik tahu and selesaikan.rasanya masalah saya ni keluar je blog and suratkhabar..banyak sgt kes lain yang lagi penting or lagi popular kot kat seniman tu dari kes saya untuk diselesaikan berbanding masalah saya..yer la kes seperti isteri kene baling hp ngan suami lagi,kes artis saman artis lagi uihhh banyak…bullshitt….itu belum cerita kebajikan lagi.Seniman = Funnyman
Menerusi laman Instagram milik Syazwan, dia menggelar Seniman sebagai Funnyman kerana tidak pertahankan haknya sebagai artis.
Dia mempersoalkan fungsi Seniman dan kebajikan yang dibuat oleh pihak mereka. Syazwan yang menunjukkan kad ahli seniman itu turut dilihat seolah olah memerli untuk memperbaharui kad keahlian Seniman.
Tiada terima borang aduan
Syazwan! Mana surat kena ban? Contohnya mudah saja. Nak suruh polis bertindak, pergilah buat laporan polis secara rasmi. Ini tidak… tak ada pun borang aduan secara rasmi kami terima?
Nak harap kita dengar masalah dia di media dan ambil tindakan, bukanlah semua benda kita tahu kerana kita ada 6,000 ahli.
Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia, menjawab kembali keluhan dari pelakon Syazwan Zulkifly. Dia turut akui pihak mereka hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan bukannya buat kerja sesuka hati.
Seniman turut mendakwa mereka tidak menerima sebarang aduan daripada Syazwan sebaliknya sekadar mendengar rungutan dia di laman sosial.
50 setahun, bukan sebulan
Bayaran RM50 tu setahun. Bukan sebulan? Selama ni (artis) dapat duit berpuluh-puluh ribu ringgit, takkan RM50 setahun nak bayar pun tak mampu?
Mengenai yuran tahunan sebanyak RM50, Zed berkata, bayaran berkenaan melayakkan semua ahli Seniman dilindungi insuran kemalangan.
Sehubungan itu Zed meminta Syazwan atau mana-mana artis yang tidak puas hati dalam sesuatu perkara agar berjumpanya secara berdepan dan bukan merungut di media sosial.
Sumber : Mstar