Sebelum ini negera digemparkan dengan berita mengenai seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali dengan nama Bella dipercayai telah didera semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Artikel berkaitan: ‘Korang Ni Manusia Ke Syaitan?’ – Luka Sampai Nampak Daging, Video Dera Adik Bella Tersebar
Artikel berkaitan: Rumah Bonda Disita, Pengasas Dakwa Adik Bella Degil, Luka Sebab Tertumpah Air Panas?
Terbaharu, rumah kebajikan tersebut telah diarahkan ditutup dan disita. Kes mengenai Bella ini telah mendapat perhatian masyarakat dan rata-rata mahukan keadilan buatnya di mahkamah. Penasihat rumah kebajikan itu iaitu Syed Azmi tampil memberikan respon berhubung kes tersebut setelah diasak oleh pelbagai pihak.
Apa perasaan saya waktu tu?
Syed Azmi menerusi postingnya di laman Facebook menyatakan sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri walaupun telah ditekan berkali-kali oleh netizen yang ingin mengetahui punca sebenar. Terkini, Bella telah pun diberikan rawatan perubatan termasuk rawatan psikososial untuk perlindungan perkembangan intektualnya.
Bella di jumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderaan ke atasnya dalam rumah kawan saya. Dia di jumpai oleh pelapor yang memaklumkan saya melalui video dan panggilan telefon dan yang saya bagitau ialah untuk bawa ke hospital. SCAN team di hospital diaktifkan dan rawatan, pemulihan dan perlindungan Bella di jalankan. Bella selamat.
Kemudian saya senyap. Adakah pemilihan saya untuk senyap ini yang paling tepat. Bergantung pada siapa yang saya tanya. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Apa perasaan saya waktu tu? Penderaan yang berlaku pada Bella memang sedih. Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadaanya sahaja tanpa gambar pun saya dah faham.
Berlaku dalam rumah kawan saya sendiri, membuatkan lagi saya rasa terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya. Soalan-soalan macam siapa, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah Covid.
Bella sudah diselamatkan. Tak ada apa yang saya boleh buat untuk Bella. Rawatan perubatan, psikososial dan kaunseling, adaptasi semula ke tempat lama beliau dan perlindungan serta perkembangan intelektual semua diberikan. Ok, Alhamdulillah dan moga dia dapat atas pengalaman yang beliau lalui dan mulakan hidup baru.
Untuk dapatkan keterangan jujur
Foto: Astro Awani
Jelas Syed Azmi, dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri seketika dan tidak membuat sebarang tindakan melulu kerana kes tersebut sedang disiasat pihak polis. Dia memberi kerjasama sepenuhnya untuk mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku pada Bella dan anak-anak jagaan di rumah kebajikan tersebut.
Tambah Syed Azmi lagi, dia juga tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku terhadap suspek dari segi emosi dan mental suspek. Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, maka, proses perbicaraan dan pengakuan akan menjadi sukar.
Saya masih senyap. Kenapa? Sebab penjaga dah balik dan polis baru hari pertama siasatan. Kerja saya pastikan dia tenang dan beri kerjasama. Netizen push push push. Saya masih nak lihat apa nak kena buat. Beri kerjasama polis. Sebab netizen dah cukup kuat menyuarakan Justice For Bella, ada satu aspek di mana ada keperluan untuk melihat dari segi suspek agar dapat memberi keterangan yang jujur.
Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu dan kalau dia breakdown, macam mana nak bagi keterangan. Kalau dia tiba-tiba murung dan kelar tangan bunuh diri macam mana kita nak dapat tahu apa maklumat sebenar?
Kalau dia tiba-tiba jadi gila macam mana dia nak berdiri dalam mahkamah? Selepas soal siasat pun saya kena dapatkan kerjasama dia untuk penghuni dan kanak-kanak lain.
Untuk Rumah Bonda, ia kini di lak (lock/sita). Jadi, tiada aktiviti atau keluar masuk sehingga diberitahu kelak. Saya selaku penasihat rasanya sudah buat yang terbaik dengan apa yang saya tahu.
Sumber: Syed Azmi