Foto: Kosmo
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyita sebuah rumah kebajikan iaitu Rumah Bonda yang dikaitkan dengan kes penderaan seorang remaja kelainan upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai adik Bella.
Artikel Berkaitan: ‘Korang Ni Manusia Ke Syaitan?’ – Luka Sampai Nampak Daging, Video Dera Adik Bella Tersebar
Artikel Berkaitan: Viral Isu Remaja Sindrom Down Disyaki Didera, Penasihat Rumah Bonda Tampil Beri Penjelasan
Artikel Berkaitan: Remaja Sindrom Down Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan, Satu Badan Penuh Luka & Parut Ketika Diselamatkan
Difahamkan, Rumah Bonda telah dilucut hak penjagaan ke atas enam kanak-kanak termasuk Bella melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.
Dakwa adik Bella degil
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur iaitu Che Samsuzuki Che Noh memaklumkan rumah kebajikan tersebut tidak berdaftar dengan JKM. Jelasnya, kesemua kanak-kanak di Rumah Bonda itu telah ditempatkan di rumah kebajikan yang dikendalikan oleh JKM.
Daripada 19 ini, ada keluarga yang sudah mengambil semula, ada juga pergi ke saudara mara dan ada juga ke rumah pertubuhan bukan kerajaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai situasi yang menimpa adik Bella, pengasas Rumah Bonda mendakwa remaja tersebut sukar mendengar kata, degil dan suka mengacau orang lain.
Adik Bella ini dikatakan suka kacau orang lain dan JKM dimaklumkan kesan di tangannya adalah disebabkan tumpahan air panas. Apabila hampir sembuh, Adik Bella suka mengopek kuping luka itu.
Tetapi apa yang mencurigakan adalah tindakan pengurusan rumah kebajikan itu yang tidak membawa adik Bella mendapatkan rawatan di hospital kerajaan sebaliknya hanya dibawa ke hospital swasta dan klinik sahaja. Jelasnya lagi, kes penderaan adik Bella telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro