Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota. Kisah menyayat hati ini telah mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa remaja malang ini.
Artikel Berkaitan: Viral Isu Remaja Sindrom Down Disyaki Didera, Penasihat Rumah Bonda Tampil Beri Penjelasan
Artikel Berkaitan: Remaja Sindrom Down Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan, Satu Badan Penuh Luka & Parut Ketika Diselamatkan
Begitu juga dengan seorang pelakon iaitu Fizo Omar yang turut mengharapkan keadilan buat adik Bella.
Habis luka, melecur satu badan
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Fizo di akaun Instagram miliknya memaparkan adik Bella didakwa berada di sebuah pusat kebajikan dengan keadaan yang sangat menyayat hati dimana seluruh tubuh badannya termasuk tangan, dada, leher dan paha luka dipercayai akibat melecur.
Duduk dengan bonda hari tu. Bonda belum pergi lagi, dia duduk dengan bonda.
Wanita tersebut bertanya mengapa tubuh badan adik Bella semakin kurus, salah seorang daripada individu yang berada di situ menjawab hal itu berlaku kerana Bella kurang makan. Dia sekali lagi bertanya apa sebenarnya yang terjadi tetapi individu berkenaan hanya memaklumkan dia tidak tahu apa-apa berkaitan perkara tersebut.
Rasanya gaduh. Dia buat apa entah dekat dapur, dia main dekat dapur. Haah, dia main seorang diri.
‘Korang ni manusia ke syaitan?’
Tidak terhenti di situ, wanita ini kemudian mempersoalkan tindakan mereka yang tidak membawa adik Bella klinik mahupun hospital untuk mendapatkan rawatan meskipun lukanya sudah teruk. Jelas individu terbabit, dia tidak pasti bila kali terakhir Bonda membawa Bella ke klinik. Menurutnya lagi, mereka hanya menyapu krim dan memberi makan ubat sahaja.
Ni apa benda ni. Apa yang korang buat dekat anak aku ni. Kesan penuh terlalu banyak. Apa yang korang buat ni. Korang ni ada otak, hati perasaan ke tidak ni. Korang ni manusia ke syaitan?
Menurut sumber, Bella yang berusia 13 tahun ini sudah mendiami pusat kebajikan itu sejak setahun yang lalu. Sementara itu, Fizo Omar menerusi kapsyen di Instagram memaklumkan, kes penderaan terhadap Bella dikatakan sudah dilaporkan sejak 24 Jun yang lalu dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut. Dalam pada itu, dia berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap si pelaku.
So harap semua rakyat Malaysia berdoa dan memberi sokongan sepenuhnya atas usaha PDRM selesaikan kes ini. Solidariti utk adik Bella ni, anak istimewa yang ditemui dalam keadaan menyayat hati dan terbiar akibat Covid-19.
Sumber: Fizo Omar, Sinar Harian